Feeds:
Posts
Comments

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian…

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Imam Ghazali

‘ Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?’

Murid 1 = ‘ Orang tua ‘
Murid 2 = ‘ Guru ‘
Murid 3 = ‘ Teman ‘
Murid 4 = ‘ Kaum kerabat ‘

Imam Ghazali
‘ Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185)’

Imam Ghazali
‘ Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?’

Murid 1 = ‘ Negeri Cina ‘
Murid 2 = ‘ Bulan ‘
Murid 3 = ‘ Matahari ‘
Murid 4 = ‘ Bintang 2 ‘

Imam Ghazali
‘ Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama’.

Imam Ghazali
‘ Apa yang paling besar didunia ini ?’

Murid 1 = ‘ Gunung ‘
Murid 2 = ‘ Matahari ‘
Murid 3 = ‘ Bumi ‘

Imam Ghazali
‘ Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.’

Imam Ghazali
‘ Apa yang paling ringan di dunia ini ?’

Murid 1 = ‘ Kapas’
Murid 2 = ‘ Angin ‘
Murid 3 = ‘ Debu ‘
Murid 4 = ‘ Daun-daun’

Imam Ghazali
‘ Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ‘

IMAM GHAZALI
‘ Apa yang paling berat didunia ? ‘

Murid 1 = ‘ Baja ‘
Murid 2 = ‘ Besi ‘
Murid 3 = ‘ Gajah ‘

Imam Ghazali
‘ Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini.  Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali
‘ Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ? ‘
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ‘ Pedang ‘
Imam Ghazali
‘ Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

”sampaikanlah walaupun satu ayat”

Petikan adalah sumbangan dari ThouSaND hOpEs

Wassalam…

TQ Bro!

Da’ Voice

 Salam…

Sykur alhamdulillah… kite masih lagi di beri nikmat hidup di bumi ALLAH ini. dan syukur juga atas banyak lagi nikmat2 lain yang ALLAH anugerahkan kepada kita, di harapkan dengan nikmat ALLAH ini, dapat kita merapatkan diri kita ini degan ALLAH.. insyaALLAH…

mm… Kat KPM, lagu ILTIZAM sekarang ni dah jadi macam satu virus sebab kat mane2 je kite dapat dengar orang nyanyi lagu tu.. ade yang buat ringtone hp tau… adeh… kadang2 segan jugak dengar suare sendiri kat hp orang lain.. tapi tu la realitinya… hehehehe.. diorang cakap, lagu tu sedap…

Sebetulnya, AISAR nak ucap terima kasih kepada pencipta lagu tu.. lagu tu penciptanya adelah brother dari kumpulan Da’Voice… member Bro. Bayu… TQ banyak2 sebab lagu tu la AISAR mula di minati ramai (betul ke??) hehehe…

Lagi satu… AISAR juga nak beri setinggi2 penghargaan buat Bro. Bayu yang banyak beri tunjuk ajar kepada AISAR. pesanan buat bro… bile la nak kenalkan Da’Voice kat kiteorang???

AISAR harap saru hari nanti dapat berjumpa dengan Da’Voice. Bleh berkenal2an and blaja dari Da’Voice…

 TERIMA KASIH banyak2 BRO! DA’VOICE!

Best Club Award ‘07

Aisar – Penerima Anugerah Kelab Terbaik KPMIM 2007

Salam…
Syukur Alhamdulillah… pada 29 Feb 2008, Majlis Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum 2007 berlangsung di KPMIM. Majlis nie di buat untuk hargai jasa budak2 KPM yang telah banyak harumkan nama KPMIM di mana2. Pendekkan cite, AISAR telah diundang ke majlis tu untuk menerima anugerah & buat persembahan..

Anugerah ini umumnya di berikan kepada kumpulan nasyid kolej KPMIM yang aktif dan telah banyak mengharumkan nama KPMIM di banyak pertandingan2 disekitar tahun 2006 n 2007 antaranya, Nadwah 07 di KPM Seri Iskandar, Team nasyid dulu dapat JOHAN & Open UMP 06 sekadar dapat saguhati dan banyak lagi la.. sebelum kumpulan AISAR ini tertubuh, Bro. Arif, Bro. Ridhwan n Bro. Jamal adelah ahli kumpulan nasyid sejak KPMIM sejak 2004 lagi. Dulu2 name team nie SHOUTUL MARJAN.

Oleh kerana AISAR telah pun mengharumkan nama KPMIM di Nadwah ’08 ari tu, so… layak la diorang ni jadi perintis kepada team nasyid lame tu…hehehe… Anugerah nie lebih sronok di terima kalau dapat di kongsi bersama2 team2 nasyid lame dulu…. betul tak???

Malam tu juga, AISAR diberi penhormatan untuk buat persembahan..bukan sekali tapi 2 kali tau… hehehe.. yang bestnye, AISAR dapat buat show dengan sifu AISAR. Sape lagi kalu bukan Bro. Bayu kite!

AISAR bergabung bersama Bro. Bayu (Da’Voice)

Bro. Bayu dan Bro. Arif

Lagu PICAGARI dari band The Times dan ILTIZAM versi akustik menjadi pilihan lagu untuk di dendangkan pada malam tu…

Samapi di sini jela kot… ade la sikit2 gambar untuk korang sume tengok…

Sebelum Makan

Md Noor, Ariff, Jamal dan Am – KORANG KUAT MAKAN! hehehe…

AISAR in formal attire..

AISAR bersama En. Asrul (depan skali,berbaju biru sebelah am)

Nadwah ’08

AISAR bersama Bro. Bayu (Da’Voice)

AISAR bersama sifu… Bro. Bayu berbaju putih…

Disinilah segala-galanya bermula…

Aisar mula mengatur langkah dalam persada seni nasyid dengan mendapat tempat Ke-3 dalam Pertandingan Nasyid NADWAH ’08 di KPM Beranang.

Atas tunjuk ajar Bro. Bayu dari kumpulan Da’Voice UPM, dan usaha setiap dari ahli kumpulan Aisar, aura ILTIZAM cetusan ilham dari salah seorang sahabat kepada Bro. Bayu dan cara Aisar menyampaikan ILTIZAM itu dapat memikat hati (SAUJANA) pengadil pada malam pertandingan.

 Sebelum pertandingan bermula

Training… Sebelum bermula…

Aisar on stage!

Aisar in action!

Bad, Md Noor n Lukman

Bergaya…

ILTIZAM

Aisar – ILTIZAM

SAUJANA bersama AISAR

SAUJANA bersama AISAR selepas pertandingan berlangsung…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.